Selasa, 15 April 2008

Anwar - Petualang atau Pemimpin ?


Saksikan video-video Anwar dari : http://www.youtube.com/no2anwar

Entah bagaimana, sebuah video dari fail sulit telah tersebar di YouTube. Mengimbau kembali skandal seks Anwar dengan seorang staf di sebuah butik exclusive orang kaya. Wanita yang bernama Norlaila itu ditemubual oleh seorang pegawai polis perihal hubungan dia dengan Anwar. Dalam klip video ini dan juga rakaman perbualan dengan Anwar, jelas membuktikan bahawa Norlaila menjalin hubungan seks dengan Anwar.

Kita pun tak tahu apa nak kata lagi. Biarlah pembaca yang membuat rumusan masing-masing. Bak kata pepatah lama kita, "Hanya jauhari mengenal manikam !" - walaupun disangka berlian yang berharga, sebenar tubuh dirinya hanyalah sebutir kaca. Kita tujukan pantun ini untuk orang itu :-

Pantun Sang Petualang

petualang, pedukang dan anak ikan
mari bermukim di cerok tok kun,
hilang bangsa maruah dipermainkan
kerana pilih pemimpin tak bertamadun

di cerok tok kun memintal tali
tali dipintal dibuat jerat,
mengkhianat agama jangan sekali
dunia akhirat mendapat laknat

memasang jerat di teluk khinzir
cina botak disangka tok sami,
kenapalah penyangak diangkat wazir
sedangkan pernah terbabit sodomi

Apa kata Dr Chandra Muzaffar berkenaan Anwar dalam surat kepada Majlis Peguam Malaysia? [ baca sini ]

Wawancara Ustaz Taib Azimuddin dengan mangsa liwat/sodomi Anwar.
ustaz Taib adalah bekas Imam Besar Masjid Negara dan kini memegang jawatan dalam AJK Pusat PAS