Rabu, 9 April 2008

Pakatan Rakyat Hina Islam ?

Tidak ada satu pun pertubuhan politik di dunia ini yang 100% benar. Baik dari segi ideologi maupun tindak-tanduk dan strategi dalam meneruskan perjuangan. Kerana politik adalah 'Art of the Possible' maka setiap keberangkalian adalah jalur yang boleh mewarnai masadepan sesebuah badan politik.
UMNO tidak terkecuali dari disemburi rona-rona kontroversi. Pemimpin UMNO bukanlah maksum. Ahli UMNO juga bukanlah orang suci yang tak pernah berbuat
salah. Justeru itu, kita perlu insaf bahawa Jihad atau 'struggle' akan hanya berarti apabila kita berinteraksi dengan haq terhadap situasi dan realiti semasa. Sebagai contoh, YAB Menteri Besar Selangor baru-baru ini telah meluluskan RM100 juta untuk mengembangkan lagi industri babi semata-mata melunaskan permintaan DAP. Jumlah babi di Selangor sahaja sudah melebihi 400,000 ekor, sedangkan keperluan domestik hanyalah sekitar 250,000 . Yang lebih aneh, PAS yang kununnya mewakili masyarakat Islam kini hanya mampu menutup dua-dua belah mata dalam isu yang membuat wakil rakyat DAP, YB Teresa Kok rasa sangat teruja [ lihat gambar di atas ] dengan 'falsamfah liberal' Pakatan Rakyat ini. Sementara itu, Tan Sri Khalid terus degil memekakkan telinga walaupun rakyat dari kaum Melayu yang beragama Islam jenuh membantah keras keputusan kerajaan baru Selangor ini. Hatta, adalah satu keberangkalian yang mungkin tak dapat dielakkan lagi, sekiranya anak-anak kita satu hari nanti akan mewarisi sebuah negeri Melayu Selangor yang bergelar Selangor Darul Babi.

Kenapa kawasan majoriti penduduk Islam dijadikan pusat ternak babi? Baca sini pandangan seorang blogger Cina tentang kebiadapan Teresa Kok dan najis babi. Apa pula kata wak blogger No2UMNO tentang sikap oportunis Cina dalam isu yang sama




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macama M.Nasir pulak jadi Header ko orang, Hang Tuah kah dia, lawaknya

Nonama

perisa BBQ berkata...

Ya Babi tetap babi, aku tinggal di kampung kawasan luasnya sekitar ada babi hutan, kadang-kadang ada India datang "perambat" babi menggunakan anjing, maka menyalaklah anjing memburu babi, babi pun lari lintang pukang melanggar kws. kampung.

mengapa sekarang timbul babi, bukankah babi, bewak,ulag,pokka haram dimakan oleh orang Islam. Orang bukan Islam nak makan itu depa punya hal. Banyak kws. pertenakan babi di Selangor boleh check kat sini. babi adalah makanan non-muslim, orang putih pun makan babi. Samalah KIlang Arak pun haram, hasil cukai arak tinggi juga haram, mengapa Arak dibolehkan dikilangkan di SElangor, mengapa? pasai hasil industri melalui cukai tinggi, nak tau apa citu cukai melibatkan arak/likur lihat di sini.Arak penyumbang Duti Eksais, cuma mungkin kerana tiada Cukai untuk babi. Orang Islam ada yang minum arak, lihat di Langkawi dan pulau bebas cukai yang lain kerana 'free-duty' / 'malaysian duti not paid' tapi orang islam tak akan makan babi. mungkin jika ada Cukai Babi maka babi menghasilkan pendapatan kpd negara, tapi malanglah kepada pemakan babi tegar yang akan keputusan bekalan dan harga babi melambung.

Tidak kah itu satu masalah kepada pemakan babi,Di China di mana majoriti penduduknya adalah pemakan babi (kecuali yang Muslim) keluh kesah kerana harga babi melambung tinggi sehingga 60% oleh sebab kadar pengeluaran babi kurang krn. faktor cuaca buruk, menyebabkan banyak babi tidak dapat dihasilkan. Inflasi meningkat kerana CPI (indeks Harga Pengguna) yang didominasi oleh penjualan babi di pasaran harganya meningkat.Nak tahu apa itu CPI tanya Menteri Penerangan kerana beliau pernah di Fakulti Ekonomi suatu ketika dulu.

Babi adalah sinonim kpd bukan Islam...ARAK, JUDI BERHALA BERTENUNG NASIB ADALAH PERKARA KEJI DARI PEKERJAAN SYAITAN.WAHAI ORG-ORG BERIMAN.....tapi TOTO, TUTUH,4D, KASINO, CALSBERG (KO SEBUT KATA ORG MATA AYAG PERLIS) bercambah.

adakah TOTO itu HALAL, adakah BEER,RUM,STOUT,GIN HALAL sehingga kilangnya amat gagah di Selangor dan hasilnya di eksport ke pulau bebas cukai yang dapat dinikmati oleh budak2 sekolah kerana harganya MURAH BEBENOR!

FIKIR-FIKIRKAN LAH, BUKA MINDA BUKA HATI KENALI DIRI

Tanpa Nama berkata...

Ada juga orang Melayu yng nak bela, nak protect kepentingan babi Cina ? tok sah abnyak cakap la. Baik jadi salesman babi ... dapat la ko komisen dari tokey babi.

Hanief berkata...

Kena bayar royalti pada M Nasir ni.

Tok Nek Kelembai berkata...

hai tanpa nama!baca dulu komen perisa bbq tu,soalnyah bukan nak sapu duit babi,nak jadi salesman ka apa ka?

babi dah lama kat Selangor tu, sama dengan Melaka, N9, apasal ko punya pemimpin keluarkan isu ni, sejak lama berlama babi diternak d Malaya.

ARAK JUGA HARAM DIMINUM KILANGNYA BANYAK DAN BESAR DI SELANGOR

Tanpa Nama berkata...

www.sopipemudaumnokrai.blogspot.com

Penarik Beca berkata...

"ARAK JUGA HARAM DIMINUM KILANGNYA BANYAK DAN BESAR DI SELANGOR" - Tok Nek Kelembai ..

pandai .. pandai ..
kalau ikut logik kepala ko tu, elok juga kalau krajaan Selangor buka rumah pelacuran tersusun !
kalau boleh biar dekat dgn kandang babi lah ..

Tok Nek Kelembai berkata...

penarik beca, butuh hang!

akhirnya dketahui bahawa harga untuk komisen babi adalah RM50 seekor, kalau beratus ribu, berjuta dah berapa?, lu tak payah tarik beca lagi maaa, itu beca kasi simpan loh, pigi bela itu babi sama Rahim Tg. Sepat loh, boleh jadi kaya...