Rabu, 9 April 2008

Pakatan Rakyat Hina Islam ?

Tidak ada satu pun pertubuhan politik di dunia ini yang 100% benar. Baik dari segi ideologi maupun tindak-tanduk dan strategi dalam meneruskan perjuangan. Kerana politik adalah 'Art of the Possible' maka setiap keberangkalian adalah jalur yang boleh mewarnai masadepan sesebuah badan politik.
UMNO tidak terkecuali dari disemburi rona-rona kontroversi. Pemimpin UMNO bukanlah maksum. Ahli UMNO juga bukanlah orang suci yang tak pernah berbuat
salah. Justeru itu, kita perlu insaf bahawa Jihad atau 'struggle' akan hanya berarti apabila kita berinteraksi dengan haq terhadap situasi dan realiti semasa. Sebagai contoh, YAB Menteri Besar Selangor baru-baru ini telah meluluskan RM100 juta untuk mengembangkan lagi industri babi semata-mata melunaskan permintaan DAP. Jumlah babi di Selangor sahaja sudah melebihi 400,000 ekor, sedangkan keperluan domestik hanyalah sekitar 250,000 . Yang lebih aneh, PAS yang kununnya mewakili masyarakat Islam kini hanya mampu menutup dua-dua belah mata dalam isu yang membuat wakil rakyat DAP, YB Teresa Kok rasa sangat teruja [ lihat gambar di atas ] dengan 'falsamfah liberal' Pakatan Rakyat ini. Sementara itu, Tan Sri Khalid terus degil memekakkan telinga walaupun rakyat dari kaum Melayu yang beragama Islam jenuh membantah keras keputusan kerajaan baru Selangor ini. Hatta, adalah satu keberangkalian yang mungkin tak dapat dielakkan lagi, sekiranya anak-anak kita satu hari nanti akan mewarisi sebuah negeri Melayu Selangor yang bergelar Selangor Darul Babi.

Kenapa kawasan majoriti penduduk Islam dijadikan pusat ternak babi? Baca sini pandangan seorang blogger Cina tentang kebiadapan Teresa Kok dan najis babi. Apa pula kata wak blogger No2UMNO tentang sikap oportunis Cina dalam isu yang sama